Freedom Is Mine !

 
    Hidup Sebagai Dewasa Sudah Bermula Semenjak Saat Ini. (cewah)

  • Tanggal 21 , bulan 12 , 2010. merdeka merdeka tetap lah merdeka ia pasti. Menjadi sejarah. (take it from our national song). Aku tahu tarikh ini akan menjadi sejarah bagi semua calon-calon SPM (sijil pelajaran malaysia) 2010. Yah! mungkin ini tarikh yg agak lambat bagi budak-budak Vokasional seperti kami. Tapi aku tak kisah ,walaupun kene ejek dgn budak-budak pure science. Konon habis awal la. Tapi keputusan , ambil tetap same doe. Jadi jgn nak poyo ye cik abg dan kakak pure science. haha. whatever. Okay Tuah. stop. Anda sudah meleweh boleh tidak. haha. Kita bermula dgn selepas paper GERONTOLOGI DAN GERIADTRIK (nursery course) diambil oleh para pengawas. Mak ai. mcm tak pernah saya alami pengalaman seperti ini. haha. PMR mungkin ada perasaan mcm ni. Tapi ta sehebat habis SPM. Kalau korang tak percaya korang tanye der-der korang ke. sis-sis korang ke. parents korang ke. mesti diaorang pon dpt rase same mcm perasaan aku. Iaitu perasaan org yang terlepas daripada siksaan dunia. cewah! agak kritis ayat tu. Senang cerita habis sekolah la. haha. okay back to the story. Lepas paper diambil oleh pengawas. satu kelas aku semuanya happy. Terserlah muka-muka kegembiraan mereka. Macam seronok ada. macam sedih ada. mcm rindu pun ada. Mungkin kerana dah tak dpt nak tgk muke-muke pentol, selenge , poyo , yeye , cantik , handsome , burok , lenyeh dan pelbagai lagi. haha. Keluar je daripada dewan. Teros angkat bag lari satu sekolah , jerit-jerit , golek-golek , pusing-pusing , jebon-jebon dan pelbagai lagi. (rekaan semata-mata) haha. Act aku tak buat benda-benda bangang tu. Ape yang seronoknya ialah. Dah tiada sesi penguntingan rambut. haha. ni la freedom bagi budak-budak lelaki. Lepas ni aku nak bela rambot mcm cerita Repunzel , biar cecah lantai. haha Jalan-jalan nak pergi dewan terbuka. Wawan bukak dia punya beg. Then cakap "weyh weyh! kau nak tahu tak aku bawak ape?" sekali wawan bawak keluar 'bekal sekolah'. Ya Allah budak ni. Sumpah dalam hati macam nak menangis mcm tgk filem 'Lagenda Budak Setan'. haha. Sebab itu kali terakhir kiteorang akan makan bekal sekolah bersama-sama. Dulu selalu jugak bawak bekal sama-sama. Contoh : Tuah bawak tuna. Fadli bawak roti bun. Wawan bawak dessert. Hamka bawak nasi lemak. Taufik bawak badan. haha. Dan kiteorang akan makan bersama-sama. Walaupun perkara tu salah dari segi undang-undang sekolah. Errrr. haha. ok. Back to the story. Jauh sia tersasar dari main story. haha. Sebok kiteorang tengah mentedarah. Datang pulak 3 wanted boys. haha. Datang suruh sain-sain. Ala. Adat org SPM mmg macam tu kan. cewah! Macam gamba yang andak lihat diatas la. sain-sain, conteng-conteng, ayat-ayat manis. Tapi lihat la baju ku. bersih kan. seperti menggunakan breeze. Aku tak suka baju diconteng oleh org. Tapi aku suke menjahanamkan baju org. haha. Baju ni nanti nak buat keje. Tak boleh diconteng. (kalau dpt keje) cewah!. Apa yang anda nampak "5 IXORA" tu. Itulah nama kelas kami. Tulisan 5 ixora tu betol2 je dpn kelas kami. Sesuka hati mak kami nak sain name kat situ. Well! bapak ade share kot. haha. Dalam kelas ni lah terdapat suara-suara budak sengau. haha. Lepas sesi tandatangan. Conteng-menconteng. Semuanya hantar buku teks, And by the way, my text book is lost. Hampir 6 buku kot. Mampus nak gantikan balik. haha. Jadi aku seorang sahaja yang belom hantar buku teks. Nanti la wak saya hantar ye. haha. Dah lepas hantar buku teks. Semua dah start buat hal sendiri. Ade yang parents dah tggu kat dpn pintu nak ambil anak kesayangan. haha. Baru nak buat party buih. haha. Otak anda. Seorang demi seorang yang balik. Dan anda ingin tahu. Saya ialah orang yang terakhir balik. Sedih bukan. haha. Tidak mengapa. janji saya dpt melihat kawan-kawan buat kali terakhir. fuhhhhhh! menitis air mata kalau budak-budak ni bace blog aku. cewah. haha. btw guys. All of you will be in my memories that cannot be fade or vanished from my memory. cewah...